Blog Cikgu Rogayah
rss

Anda berada di Muka Hadapan


Adik-adik yang dikasihi,

Di blog ini, cikgu akan berkongsi ilmu dengan adik-adik. Kita secara khusus akan mempelajari Penjodoh Bilangan dalam kaedah yang amat menarik perhatian semua murid sekolah rendah.

Kebanyakan video yang dimuatkan dalam blog cikgu adalah dalam format flash (swf). Jadi, perisian pelayar web adik-adik mesti mempunyai Flash Player. 


Cikgu menggunakan pendekatan konseptual dalam blog cikgu. Murid akan lebih memberi perhatian sekiranya banyak gambar dan animasi ditonjolkan, betul tak adik-adik?


Di samping itu, cikgu juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang sesuai dilakukan dalam kelas. Maksud kelas di sini adalah jika pembelajaran Bahasa Malaysia dibuat di dalam makmal komputer. Murid-murid semua boleh menjawab soalan-soalan interaktif dalam blog cikgu.

Cikgu percaya blog cikgu ini mampu menarik perhatian semua murid-murid kerana ciri-ciri interaktif yang sedia ada. Cikgu akan update blog ini dari semasa ke semasa ya. Tunggu.....

Terima kasih kerana berkunjung ke blog http://belajarpenjodohbilangan.blogspot.com ini.

Cikgu Rogayah
SK Jalan Baharu Parit Buntar
Perak

---
Rogayah bt Sulaiman
No Matrik: D20112054423
Nama Pensyarah: En Hafizul Fahri bin Hanafi
Tugasan 3: Pembangunan Blog PDP
Blog dibangunkan untuk KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kemaskini terakhir : 16 Nov 2012