Blog Cikgu Rogayah
rss

Anda berada di Muka Hadapan


Adik-adik yang dikasihi,

Di blog ini, cikgu akan berkongsi ilmu dengan adik-adik. Kita secara khusus akan mempelajari Penjodoh Bilangan dalam kaedah yang amat menarik perhatian semua murid sekolah rendah.

Kebanyakan video yang dimuatkan dalam blog cikgu adalah dalam format flash (swf). Jadi, perisian pelayar web adik-adik mesti mempunyai Flash Player. 


Cikgu menggunakan pendekatan konseptual dalam blog cikgu. Murid akan lebih memberi perhatian sekiranya banyak gambar dan animasi ditonjolkan, betul tak adik-adik?


Di samping itu, cikgu juga menyediakan pelbagai jenis aktiviti yang sesuai dilakukan dalam kelas. Maksud kelas di sini adalah jika pembelajaran Bahasa Malaysia dibuat di dalam makmal komputer. Murid-murid semua boleh menjawab soalan-soalan interaktif dalam blog cikgu.

Cikgu percaya blog cikgu ini mampu menarik perhatian semua murid-murid kerana ciri-ciri interaktif yang sedia ada. Cikgu akan update blog ini dari semasa ke semasa ya. Tunggu.....

Terima kasih kerana berkunjung ke blog http://belajarpenjodohbilangan.blogspot.com ini.

Cikgu Rogayah
SK Jalan Baharu Parit Buntar
Perak

---
Rogayah bt Sulaiman
No Matrik: D20112054423
Nama Pensyarah: En Hafizul Fahri bin Hanafi
Tugasan 3: Pembangunan Blog PDP
Blog dibangunkan untuk KRT3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kemaskini terakhir : 16 Nov 2012 

14 ulasan:

  1. Terima kasih kerana melayari blog Cikgu Rogayah. Harapan cikgu agar semua ilmu, nota, soalan, soalan interaktif, video animasi yang dikongsi di sini memberi manfaat dan kebaikan kepada semua. :)

  1. Tahniah, sebuah blog pembelajaran yang amat menarik.. :)

  1. i likeeeee

  1. Saya suka saya suka (intonasi Mei Mei dalam siri Upin Ipin)..

  1. Teringin membina blog seperti ini. Tahniah cikgu!

  1. Saya guru bahasa arab...insyaallah pengolahan blog ini blh saya jadikn contoh..t.kasih.

  1. Terima kasih guru bahasa arab kerana menjadikan blog saya contoh.

  1. Blog menarik..Banyak info yg dpt dikongsi.

  1. Assalamualaikum. Tahniah,blog PdP yang cikgu hasilkan bermanfaat untuk semua!

  1. Assalamualaikum. Blog cikgu amat menarik dan memberi manfaat untuk semua. Saya menggunakan blog ini untuk anak-anak saya mengulangkaji pelajaran.

  1. Tahniah.blog yang menarik,sesuia untuk anak-anak saya jadikan rujukan

  1. Persembahan yang menarik dan sesuai untuk semua murid sekolah rendah.

  1. Boleh dijadikan sebagai bahan p&p di sekolah.

  1. tahniah !!

Catat Ulasan