Anda berada di Muka Hadapan >> Nota Penjodoh Bilangan >> Nota 2 (Benda Umum)
PENJODOH BILANGAN BENDA (UMUM)
1. BILAH
- Untuk benda-benda yang tajam dan runcing.
2. BUAH
- Untuk benda yang tidak tentu bentuknya atau jenisnya.
3. DAS
- Untuk bunyi tambakan senapang atau meriam.
4. EKAR
- Ukuran luar sesuatu kawasan .
5. JENGKAL
- Jarak benda atau kawasan yang diukur dengan menggunakan ibu jari dan jari hantu.
6. KAKI
- Untuk payung dan bunga.
7. KETUL
- Untuk benda-benda yang berketul dan padu.
8. LARAS
- Untuk senjata api.
9. NASKHAH
- Untuk menghitung bahan bacaan.
10. PATAH
- Untuk kata.
11. PINTU
- Deretan rumah, kedai atau bilik.
12. TEGUK
- Minuman yang ditelan.
13. RANGKAI
- Susunan benda yang dirangkaikan.
14. USUL
- Pendapat yang dikemukakan.
15. SUSUN
- Benda yang tersusun atau teratur kedudukannya.
16. KUNTUNM
- Untuk pelbagai jenis bunga.
17. RANGKAP
- Tulisan yang berangkap.
18. PISANG
- Untuk benda dan manusia yang berpasangan.
19. PERSALINAN
- Pakaian yang lengkap.
20. HIDANG
- Benda atau minuman disajikan.
21. KEPUL
- Benda yang berkepul-kepul.
22. LONGGOK
- Benda yang dilonggokkan.
23. JAMBANGAN
- Bunga yang dimasukkan ke dalam bekas.
24. BAKUL
- Benda-benda yang diisi dalam bakul.
25. GEMAL
- Sebanyak yang dapat dipegang dengan cekak jari.
26. GUGUS
- Untuk buah-buahan atau kumpulan benda-benda.
27. KELOMPOK
- Untuk kumpulan benda,manusia,binatang,dan pulau yang berkolompok.