Blog Cikgu Rogayah
rss

Anda berada di Muka Hadapan >> Soalan Latihan >> Lembaran Kerja 1 

 

LEMBARAN KERJA 1

LATIHAN KATA PENJODOH BILANGAN

KATA PENJODOH BILANGAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin Mariam.
A biji B jambak C helai D batang

2. Abang Helmi menerima ________ surat daripada sebuah pusat pengajian tinggi di ibu Negara.
A sekeping B sehelai C sepucuk D senaskah

3. Encik Kamal telah diminta untuk menyampaikan ________ dua kata sempena majlis persaraan beliau.
A sebaris B sepatah C sebuah D serangkap

4. Emak sempat membeli beberapa ________ paku-pakis di pasar tani untuk dimasak.
A pucuk B batang C ikat D cekak

5. Pak Mail menebarkan se________ jala untuk menangkap ikan di sungai berhampiran rumahnya.
A keping B bidang C kajang D rawan

6. Amirah membawa se________ payung ke sekolah supaya tidak kehujanan.
A kaki B batang C buah D bentuk

7. Ayah menghadiahi kakak ________ anting-anting emas sempena ulang tahun hari lahir.
A sebentuk B seutas C sepasang D sebuah

8. ________ lembu sedang meragut rumput di padang.
A sekawan B sekumpulan C segerombolan D sepasukan

9. Seniman negara terkenal telah diundang untuk membacakan beberapa ________ puisi sempena
sambutan Malam Kemerdekaan.
A cebis B naskhah C patah D rangkap

10. Pihak berkuasa berjaya memusnahkan dua ________ bom lama yang dijumpai oleh seorang nelayan.
A biji B buah C butir D laras

* Sila cetak lembaran kerja ini dan bulatkan jawapan yang betul. Serahkan kepada Cikgu Rogayah selepas anda menyelesaikannya di rumah.

0 ulasan:

Catat Ulasan