Blog Cikgu Rogayah
rss

Anda berada di Muka Hadapan >> Soalan Latihan >> Lembaran Kerja 2 

  

LEMBARAN KERJA 2

LATIHAN KATA PENJODOH BILANGAN

KATA PENJODOH BILANGAN
Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. Pak Salleh berjalan pulang dari dusunnya sambil memikul se ________ kayu api.
A ketul B berkas C pucuk D keping

2. Ayah terpaksa menjual ________ tanah pusaka untuk membiayai pelajaran abang di luar negara.
A sepotong B selembar C sebidang D sebuah

3. Kak Bedah memberikan beberapa ________ jagung bakar kepada jiran barunya.
A biji B buah C batang D tongkol

4. Penceramah itu mengakhiri ceramahnya dengan membacakan ________ pantun nasihat.
A sebuah B serangkap C seuntai D serangkai

5. Dua ________ gerai baru telah dibina oleh pihak Majlis Perbandaran Kelang untuk memudahkan para peniaga.
A biji B baris C butir D batang

6. Di dalam beg kecil itu terdapat dompet dan se ________ kunci.
A butir B kuntum C berkas D helai

7. Tiga ________ permaidani disandarkan pada dinding untuk mengelakkannya daripada terkena habuk.
A kaki B lembar C buku D gulung
 
8. Layang-layang Amin tersangkut pada dahan se________ pokok.
A buah B pohon C dahan D batang
 
9. Pak Aziz memakan beberapa ________ pulut sebagai sarapan pagi.
A kepal B genggam C ketul D cubit
 
10. Ibu membeli tiga ________ petai di pasar malam.
A butir B rawan C kepal D papan 

* Sila cetak lembaran kerja ini dan bulatkan jawapan yang betul. Serahkan kepada Cikgu Rogayah selepas anda menyelesaikannya di rumah.

1 ulasan:

  1. Latihan yang diberikan sangat berfaedah untuk murid-murid.

Catat Ulasan